Thursday 24 May 2012

HI MONDAY ( 21/05/2012 )

Hari ini isnin yang membahagiakan , penuh dengan keceriaan , EEEEEEEEEEEEEE
Walaupun keadaan aku sekarang sedang fikir kan kakak aku yang berada di hospital, tengahari ini aku akan ambil kakak bawa balik ke rumah aku .Husband call , kata nak lunch sama ker? aku kata okey ....
12.15 pm .. Aku minta izin keluar awal lunch untuk ambil kakak di hospital... sampai hospital susah nak dapat parking , tunggu sebentar di lot parking , oh !  nasib ada kereta seorang uncle cina nak keluar, alhamdulillah dapat juga parking walaupun agak jauh. Aku bergegas ke tingkat 2 hospital dimana kakak aku di tempatkan .Urus kan dia keluar dari hospital , staff nurse kata mesti buat pembayaran di tempat Pendaftaran serta ambil ubat2 di bangunan Utama Hospital baru boleh beri kad rawatan .Aku kata pd staff nurse , kakak aku dah la sakit tak kan nak naik semula ke wad itu hanya untuk ambil kad rawatan saja.So aku minta juga kad itu, dan aku kata jangan bimbang kami akan bayar bil hospital itu . NURSE itu kata ok !!!dan beri kad rawatan itu kepada kakak aku , sambil beri tau rawatan akan datang adalah 30/05/12 untuk buka jahitan.
Sebenarnya banguna  Utama Hospital agak jauh dgn wad kakak aku di tempat kan .Bayangkan jika aku tiada , siapa yang akan uruskan dia , keadaan dia sakit kaki yang baru lepas operation .Adoi kesian sungguh !!!.so aku yang berurusan dengan pembayaran di KAUNTER Pendaftaran . Sampai di kaunter , aku tunjukkan bil hospital serta surat kecualian pembayaran dari Ketua Kampung .Tapi bila di kaunter aku perlu fill form lain pula , supaya menguatkan lagi pengecualian bayaran bil hospital. Nasib baik sikap staff hospital yang banyak membantu membuatkan aku tidak bosan. TIDAK LAMA NAK SELESAIKAN URUSAN .
1.00 pm- Di kaunter ubat , ambil nombor di kaunter pertama , ahhhh no 6479 tapi sekarang no 6476 , sudah hampir le .Aku setia menunggu !! memang tidak lama .Tapi ubat yang banyak itu tiada bag , sekurang2 nya plastik bag !.aku gendung saja ubat2 itu .Selepas ambil ubat aku pun terus ke lot parking ambil kereta .Aku pun terus ambil kakak yang tunggu di bangunan wad tempat dia kena tahan.
1.20 pm - Aku park depan bangunan itu dan ambil bag pakaian kakak aku , nak tunggu dia naik kereta hampir 3 minit , sebab kaki dia memang sakit , susah nak berjalan ..kesian .... tapi muka aku memang selamba sebab aku tidak mahu tunjuk muka sedih, jika kita muka sedih depan orang sakit , akan jadi bertambah sakit le .
1.30 pm-Bawa kakak balik ke rumah aku . beli makanan lunch utk aku dan dia ( mee rebus utara  ).Sampai di trafik light kat Setiawangsa , nampak husband aku naik motor , la kata nya dah nak balik office , rupa2 nya dia beri tau anak kedua supaya tolong angkat kan bag kakak aku yang berat itu bawa naik rumah .
ALHAMDULILLAH ringan sikit kerja aku ...
2.00 pm- baru aku sampai ke office sebab jalan jam .sampai ke office baru aku makan , ah rasa lega , selesai banyak perkara hari ini.
AKU beri keterangan pada boss , kenapa aku lambat masuk office , nasib baik bos memahami  .....

24/05/2012 hi morning everybody !!!!

Tuesday 24 April 2012

BELAJAR LAH BERDIKARI

Jika kita bercakap benar orang tidak suka , jika kita pendam saja banyak yang terbuku dihati , lama -lama akan sakit hati , membuat kita akan stress ....

Kali ini aku akan pergi ,aku akan berdiri diatas kaki sendiri... AKU NAK BERDIKARI ...
sungguh tidak adil bagi aku , setelah 17 tahun berada di sini , seperti tiada apa yang aku dapat ... Dengan tangga gaji yang ada sekarang sungguh tidak berbaloi dgn kerja yang aku lakukan.Sedangkan orang yang baru masuk kerja dan tak tahu apa-apa gaji nya hampir sama dgn aku.
      Permulaannya hanya aku minta dibayar duit minyak kereta selama 7 hari pergi dan balik yang aku buat kerja itu pun untuk syarikat bukan di waktu office tetapi buat kerja di luar  . Bukanlah  banyak sangat
hanya RM 140.00 saja,bukan UTK satu hari minta RM 140.00 TETAPI  utk 7 hari adalah RM 140.00.
Walaupun kerja sampai tengah malam sehingga pukul 1.30 am , aku tak claim overtime , hanya minta minyak petrol saja .
Aku hanya dapat cuti 1/2 day , utk satu hari kerja ...kesian ..
    Duit yang aku dapat jual barang2 tersebut , akan diberi kepada semua staff , walaupun yang malas nak
buat kerja, apabila di ajak utk penyertai ...aku sungguh tak faham ...Yang kelakarnya duit tersebut di beli
Nasi Ayam utk semua staff meski pun staff yang tidak terlibat langsung dlm program kerja tersebut.
   Yang keluar kan duit poket adalah aku dan 4 staff yang lain.Terpaksa guna kan duit sendiri untuk ketempat promosi tersebut .Aku dan seorang staff lagi yang paling kesian , yang kena ditugas kan waktu hujung minggu saturday and sunday ...


   
   

Saturday 18 February 2012

Saintis dedah kenapa struktur batu purba dibina

 

Di Antara Keajaiban DUNIA
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Seorang saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di England.
Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung tujuan struktur berkenaan dibina.
Antara lain ia didakwa berfungsi sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembuhan.
Namun, kata Waller, sejenis kesan gelombang bunyi yang diketahui para saintis pada masa kini tetapi menjadi misteri kepada manusia kuno, menyebabkan mereka membina Stonehenge.
Kesan tersebut dikenali sebagai interferens akustik.
Ia berlaku apabila dua sumber bunyi seperti dua peniup alat muzik beg paip memainkan nota sama pada masa yang sama tetapi di lokasi berbeza di sebuah kawasan lapang.
Apabila seseorang melalui beberapa sudut di kawasan lapang tersebut, dia akan mendengar kesan bunyi yang amat perlahan dan hampir tidak kedengaran disebabkan gelombang bunyi kedua-dua beg paip tersebut berlanggar dan melantun.
“Seolah-olah terdapat bongkah misteri yang menghalang bunyi tersebut. Begitu juga dengan bunyi guruh, dua bunyi guruh serentak bukan menjadi lebih kuat. Fenomena ini sukar diterangkan pada zaman dahulu,” kata Waller.
Menurutnya, masyarakat dahulu kala yang merasai kesan itu bertindak membina struktur batu Stonehenge bagi menggambarkan fenomena tersebut.
Stonehenge terdiri daripada bulatan batu yang mengandungi 17 bongkah batu menegak seberat sehingga 45 tan. Bulatan batu itu ditutup dengan enam batu melintang yang didirikan menghala ke arah matahari terbit pada solsetis musim panas di daerah Wiltshire, England
 

Tuesday 31 January 2012

Antara Amalan Yang Berguna Kepada Si Mati

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.
1. Mendoakan dan memohonkan keampunan ::: Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya. “Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami.”

2. Bersedekah ::: Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?” Beliau menjawab, “Ya, dapat.”
3. Berpuasa ::: Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,”Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ya’.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhn ya hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan.
4. Haji ::: Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, “seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal. Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab, berhajilah untuknya. ….tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran.”
5. Solat ::: Ad Daruquthni meriwayatkan, “Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu.”
6. Membaca al Quran ::: Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan ‘Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada….(nama almarhum dan almarhumah)
sumber ustazazhar.com

Saturday 7 January 2012

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah  SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang  dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada  mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.  Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami  getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana  jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan  bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati  bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang  setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi  kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal  kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 

Bagi yang sedar dengan  kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa  yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau  ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah  waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang  tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah  SWT.

Maka  malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas  kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi  malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,  mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

Adapun malaikatmaut ini  wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan  dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya
.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya  kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak  makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan  di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 

Jika tanda ini dapat  dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi  banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita  nanti.

Ketika ini  juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit  hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya  dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur  masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan  sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan  di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak  akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan  merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang  dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus  mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan  malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah  menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan  berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang  dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda  mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon  keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa  dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha  Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh  Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa  dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan  Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa  semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan  kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari 
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun  akhirat.
Apa yang baik dan benar itu  datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan  manusia itu sendiri

ASLEGACY TERBAIK UNTUK ANDA