Friday 25 November 2011

Resepi masak tempoyak dgn ikan bilis




Bahan-bahan

  • 1 setengah cawan ikan bilis
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 4 biji cili merah (kisar)
  • 4 biji cili api (kisar)
  • 1 btg serai (dititik)
  • garam & gula secukup rasa
  • daun kunyit di carik2
  • petai

Cara-cara

-ikan bilis di goreng
-tumis bahan kisar dan serai. bila dah naik bau, masukkan ikan bilis dan tempoyak. gaul rata, masukkan garam dan gula. angkat dan hidangkan,
penambah selera

Sejarah Solat

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

SOLAT

Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. .

Thursday 24 November 2011

Wednesday 23 November 2011

Renung2 kan lah

"Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu,puasa pd bulannya, taat kepada suaminya,menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia : Masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yg kamu sukai."
Semoga Allah beri kita kekuatan utk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.Kalau kita tidak berasa takut atau tidak berubah, maka kita kuatir jika kita tergolong dlm mereka yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.

Tuesday 22 November 2011

HARIMAU MUDA MALAYSIA WINS GOLD IN JAKARTA

Harimau Muda wins gold in Jakarta
Hard-fought match goes all the way to a shootout, but Malaysia pull through to defeat Indonesia 4-3 (5-4 agg) on penalties and win 2011 SEA Games Gold for football.

AMAT BERBANGGA KERANA  PEMAIN MALAYSIA SEMUA ANAK JATI MALAYSIA.
HIDUP MALAYSIA,MALAYSIA BOLEH

Monday 21 November 2011

(AL'ISRAK: 23-24)
(AL'ISRAK : 23-24 )
Allah memerintah agar manusia berbakti kepada kedua ibu-bapa dan mentaati mereka .Bagi wanita ketaatan mereka sebelum berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka , dan selepas berkahwin kpd suami mereka .Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yg amat besar.

BERDOALAH

Berdoa adalah gambaran rasa lemah,hina dan jahil seorang hamba di depan Allah.Melalui doa seorang hamba merendahkan diri memohon segala yg dihajati dan menjadi
penyebab Allah sempurnakan hajat hambanya.Hamba yg memohon petunjuk akan di beri petunjuk. Hamba yg memohon kekuatan akan di beri kekuatan.Begitu juga hamba yg memohon utk mencintai-NYA akan dipermudahkan jalan2 ke arah itu.

Thursday 10 November 2011

Wednesday 9 November 2011

Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha,  saturday kerja  1/2 day , balik kerja baru beli barang2 nak masak utk raya ....
Petang relex jap...malam baru start masak,mula dgn rebus nasi empit ,pastu  potong daging , masak rendang...
bersihkan ayam lak,,, masak rendang gak . bila rendang semua dah masak...goreng kacang tanah nak buat kuah kacang .
Masak sup soto ayam ,emmm sedap tau...
suruh Nina tolong tumbuk kacang tanah,,, yg selebihnya aku blend jek nak cepat , dah penat dan ngantuk..
tak sempat raya , malam itu gak resmi rendang makan dgn nasi panas.

Saturday 5 November 2011

Liku-liku Kehidupan

Jalan2 itu  aku lalui,
walau ada ranjau yang berduri,
akan aku rela tampuhi
harapan ku kekal abadi

Friday 4 November 2011

A/L

Daftar pemilih (SPR...)
Kat Post Office JJ U2,Pelayan kaunter tak pandai melayan pelangan... ah malas aku nak cite !!
lagi sakit hati jek..asal kan aku dah daftar,,, biarkan ia berlalu, aku ni jenis tak ambil kisah .

Jalan2 kat JJ masuk kedai barang2 perhiasan rumah, wahhhh cantikkkkk rasa nak beli semua..
tak pe la lain kali jek !!! duit kering ni SABAR YE ...
Nak balik... hujan lebat .ronda2 lagi...

ahhh aku  dgn Elisa redah gak hujan , balik rumah...pegi kedai beli barang jap.
sampai rumah relex jap, Elisa tidur ( sleep beauty ) hehheh
Buat Dadih mmmmm best,perasa grape .anak2 suka le
Dadih dah suam sejuk, baru aku masuk kan dlm peti sejuk,,time aku lak nak tdo ..zzzzzzzzzzzzz

tak terlepas tgk cite soffiya,
masak utk dinner le pulak,,
lepas dinner baru makan dadih.

Wednesday 2 November 2011

Ziana Zain (Tiada Jodoh Antara Kita )


Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Dihujung pertemuan

Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tanganmu

Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mengganggu
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya

Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya

Walau tidak di sini
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doaku pohonkan
Moga diperkenankan
dipertemukan
Suatu masa nanti
Suatu masa nanti..oh..oh

Ziana Zain ( Bersama Akhirnya )


Bersama Akhirnya


Pudar sudah sinar cinta
Yang dulu terasa kehangatannya
Mungkin ia dugaan semata
Atau berakhirnya cinta yang kita bina

Termenung dalam gelisah
Ku dakap potret cinta ini
Terimbas kini
Di memoriku
Masa kita bersama cinta

( korus )
Dalam rindu ku genggami
Warkah cinta itu
Yang penuh duka
Tercoret kata memilukan aku
Membacanya dalam gementar

Antara kita
Tiada bahagia
Kemesraan inimenduga waktu
Meniti hari-hari
Tiada persamaan
Mengapa kita teruskan
Menipu diri

Walau dirintang segala derita
Untuk kekasih kan ku korbankan
Jiwa dan raga
Aku serahkan
Bersama kita akhirnya

ASLEGACY TERBAIK UNTUK ANDA