Thursday 22 December 2011

Monday 19 December 2011

lisa dan Shaheizy Sam

Episod Lisa Surihani dan Shaheizy Sam kahwin ni bukanlah betul-betul, ini semua adalah adegan dalam filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) arahan pengarah muda dan juga anak Datuk Yusof Haslam merangkap adik Syamsul Yusof, Syafiq Yusof yang kini berusia 18 tahun. Selain melibatkan pelakon-pelakon Star, pelakon baru juga turut dilaburkan, Neelofa. Filem ini merupakan filem yang unik sebab diarahkan oleh pengarah muda dan mentaliti anak muda. Nak tahu hasilnya macamana? saksikan di pawagam nanti.
lisa dan neelofa

neelofa
pengarah muda syafiq yusof adik  kepada syamsul  yusof

Kosmo! Online - Dunia

Kosmo! Online - Dunia

Friday 16 December 2011

TROUBLE IS A FRIEND ( LENKA)

trouble will find you no mater where you go, oh oh.
no matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh.
the eye of the storm and the cry in the morn, oh oh.
your fine for a while but then start to loose control.

chorus 1:
he's there in the dark,
he's there in my heart,
he waits in the winds
he's gotta play a part.
trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. oh oh!

trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh.
and no matter what i feed him he always seems to grow, oh oh.
he sees what i see and he knows what i know, oh oh.
so don't forget as you ease on down the road.

chorus 1

chorus 2:
so don't be alarmed if he takes you by the arm.
i won't let him win, but im a sucker for his charm.
trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. oh oh!

oh how i hate the way he makes me feel.
and how i try to make him leave; i try.
oh oh i try!

chorus 1

chorus 2

oh, oh.

Wednesday 14 December 2011

Ombak Rindu


Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Pelakon hebat
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.




DI-LANDA BANJIR

DI DEPAN PERPUSTAKAAN NEGARA  DAN IJN


Penduduk terkejutKERANA JALAN INI LA AKU LAMBAT SAMPAI KE RUMAH SEMALAM ADOI !!!

BIASA SAMPAI KE RUMAH PUKUL 6.30 PM , TETAPI SEMALAM AKU SAMPAI PUKUL 7.30 PM .


Thursday 8 December 2011

DRAMA TENTANG DHIA


Sinopsis cerita Tentang Dhia:


Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.


Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang  anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.


Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.


Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi  dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.


Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.


Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.


Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian  kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).


Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak? Ok sama sama nantikan drama Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam.



Wednesday 7 December 2011

Spaghetti Simple Dan Sedap

Bahan-bahan

  • 1 paket spaghetti
  • 1 botol sos spaghetti kecil; Contoh: Prego
  • 1 gelas air
  • Sedikit dada ayam
  • 1 biji Tomato
  • 4 biji cendawan butang
  • 5 sudu makan Cheese Mozarella
  • Sedikit minyak
  • Daun Ketumbar (untuk hiasan sahaja)

Cara-cara

  1. Isikan air di dalam kuali kecil. Letakkan spaghetti di dalam kuali dan pastikan spaghetti tenggelam di dalam kuali itu. Biarkan hingga spaghetti lembik.
  2. Potong bahan-bahan ini: Dada ayam, tomato (potong kecil-kecil) dan cendawan butang (potong setengah). Kemudian, ambil lagi satu kuali kecil dan isikan dengan sedikit air (lebih kurang setengah kuali kecil).
  3. Masukkan sos spaghetti di dalam kuali yang diisi air tadi. Selepas itu masukkan barang-barang yang dipotong tadi.
  4. Setelah spaghetti siap, letakkan di atas pinggan. Kemudian, tuangkan campuran sos spaghetti. Taburkan cheese mozarella diatasnya. Hiaskan dengan daun ketumbar.
  5. Selamat Mencuba.

Tuesday 6 December 2011

Anda mahu kurus?

  • kurangkan makan nasi
  • jogging/walk
  • banyakkan minum air putih
  • kurangkan makanan berminyak
  • lebihkan makan buah-buahan



Jangan makan le heheheheheheheh......

Saturday 3 December 2011

Percaya Pada Luka ( lagu nyanyian Nashrin )

Benarkah pencarian mimpi ini
Hanyalah dongengan cinta dlm pertaruhan
Haruskah pertemuan jiwa ini
Berakhir bersama air mata

Kesepian menemani jiwa di saat ku terluka
Bisakah aku mengenal cinta
 Chorus:
Aku percaya pada takdir cinta kita
Yang telah terukir di dasar jiwaku
Yang merindu dirimu
Namun ku bertanya padanya
Haruskah ku percaya pada luka
 Sebagai tanda kesetiaan cinta
 Kasih kita

 Sempurnakah lukisan cinta ini
 Tanpa corak warna kasih lakaran suciku
 Apakah coretan rintihan malam
Hanyalah mainan cintamu

            Ulang chorus

Friday 25 November 2011

Resepi masak tempoyak dgn ikan bilis




Bahan-bahan

  • 1 setengah cawan ikan bilis
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 4 biji cili merah (kisar)
  • 4 biji cili api (kisar)
  • 1 btg serai (dititik)
  • garam & gula secukup rasa
  • daun kunyit di carik2
  • petai

Cara-cara

-ikan bilis di goreng
-tumis bahan kisar dan serai. bila dah naik bau, masukkan ikan bilis dan tempoyak. gaul rata, masukkan garam dan gula. angkat dan hidangkan,
penambah selera

Sejarah Solat

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

SOLAT

Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. .

Thursday 24 November 2011

Wednesday 23 November 2011

Renung2 kan lah

"Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu,puasa pd bulannya, taat kepada suaminya,menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia : Masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yg kamu sukai."
Semoga Allah beri kita kekuatan utk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.Kalau kita tidak berasa takut atau tidak berubah, maka kita kuatir jika kita tergolong dlm mereka yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.

Tuesday 22 November 2011

HARIMAU MUDA MALAYSIA WINS GOLD IN JAKARTA

Harimau Muda wins gold in Jakarta
Hard-fought match goes all the way to a shootout, but Malaysia pull through to defeat Indonesia 4-3 (5-4 agg) on penalties and win 2011 SEA Games Gold for football.

AMAT BERBANGGA KERANA  PEMAIN MALAYSIA SEMUA ANAK JATI MALAYSIA.
HIDUP MALAYSIA,MALAYSIA BOLEH

Monday 21 November 2011

(AL'ISRAK: 23-24)
(AL'ISRAK : 23-24 )
Allah memerintah agar manusia berbakti kepada kedua ibu-bapa dan mentaati mereka .Bagi wanita ketaatan mereka sebelum berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka , dan selepas berkahwin kpd suami mereka .Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yg amat besar.

BERDOALAH

Berdoa adalah gambaran rasa lemah,hina dan jahil seorang hamba di depan Allah.Melalui doa seorang hamba merendahkan diri memohon segala yg dihajati dan menjadi
penyebab Allah sempurnakan hajat hambanya.Hamba yg memohon petunjuk akan di beri petunjuk. Hamba yg memohon kekuatan akan di beri kekuatan.Begitu juga hamba yg memohon utk mencintai-NYA akan dipermudahkan jalan2 ke arah itu.

Thursday 10 November 2011

Wednesday 9 November 2011

Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha,  saturday kerja  1/2 day , balik kerja baru beli barang2 nak masak utk raya ....
Petang relex jap...malam baru start masak,mula dgn rebus nasi empit ,pastu  potong daging , masak rendang...
bersihkan ayam lak,,, masak rendang gak . bila rendang semua dah masak...goreng kacang tanah nak buat kuah kacang .
Masak sup soto ayam ,emmm sedap tau...
suruh Nina tolong tumbuk kacang tanah,,, yg selebihnya aku blend jek nak cepat , dah penat dan ngantuk..
tak sempat raya , malam itu gak resmi rendang makan dgn nasi panas.

Saturday 5 November 2011

Liku-liku Kehidupan

Jalan2 itu  aku lalui,
walau ada ranjau yang berduri,
akan aku rela tampuhi
harapan ku kekal abadi

Friday 4 November 2011

A/L

Daftar pemilih (SPR...)
Kat Post Office JJ U2,Pelayan kaunter tak pandai melayan pelangan... ah malas aku nak cite !!
lagi sakit hati jek..asal kan aku dah daftar,,, biarkan ia berlalu, aku ni jenis tak ambil kisah .

Jalan2 kat JJ masuk kedai barang2 perhiasan rumah, wahhhh cantikkkkk rasa nak beli semua..
tak pe la lain kali jek !!! duit kering ni SABAR YE ...
Nak balik... hujan lebat .ronda2 lagi...

ahhh aku  dgn Elisa redah gak hujan , balik rumah...pegi kedai beli barang jap.
sampai rumah relex jap, Elisa tidur ( sleep beauty ) hehheh
Buat Dadih mmmmm best,perasa grape .anak2 suka le
Dadih dah suam sejuk, baru aku masuk kan dlm peti sejuk,,time aku lak nak tdo ..zzzzzzzzzzzzz

tak terlepas tgk cite soffiya,
masak utk dinner le pulak,,
lepas dinner baru makan dadih.

Wednesday 2 November 2011

Ziana Zain (Tiada Jodoh Antara Kita )


Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Dihujung pertemuan

Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tanganmu

Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mengganggu
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya

Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya

Walau tidak di sini
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doaku pohonkan
Moga diperkenankan
dipertemukan
Suatu masa nanti
Suatu masa nanti..oh..oh

Ziana Zain ( Bersama Akhirnya )


Bersama Akhirnya


Pudar sudah sinar cinta
Yang dulu terasa kehangatannya
Mungkin ia dugaan semata
Atau berakhirnya cinta yang kita bina

Termenung dalam gelisah
Ku dakap potret cinta ini
Terimbas kini
Di memoriku
Masa kita bersama cinta

( korus )
Dalam rindu ku genggami
Warkah cinta itu
Yang penuh duka
Tercoret kata memilukan aku
Membacanya dalam gementar

Antara kita
Tiada bahagia
Kemesraan inimenduga waktu
Meniti hari-hari
Tiada persamaan
Mengapa kita teruskan
Menipu diri

Walau dirintang segala derita
Untuk kekasih kan ku korbankan
Jiwa dan raga
Aku serahkan
Bersama kita akhirnya

Monday 31 October 2011

SUNDAY

Moning....
b'fast roti ...kemas rumah..relex le menonton TV ..

Afternoon...
Pergi kenduri kawin kawan husband di Jln Enggang... after that pergi kedai 1 Malaysia .. nak jimat le ..kata kan,... nak beli bahan basah utk masak pergi le NSKwangsa Maju..beli barang dapur utk 3-4 hari jek..
Tak suka beli banyak2 nanti rasa tak fresh le ...
Nora dan Embong sms beri tau Wani /Bencik dah bersalin anak lelaki..dan tanya aku balik ke Raya Haji ni?
Rasa tak balik kot ...sebb Firti kata nak tengok/ tolong orang nak korban kat masjis AL-syakirin Keramat Wangsa .lalalalalala.... buat kuah Laksa Johor untuk makan malam eeeemmm best !!!!tak sia2 le aku melayari Myresepi hehehhehehhe...

NIGHT...
My husband beli kuih kegemarannya ... lepat pisang dan pulut gaul dgn kelapa makan dgn gula merah ( aku tak tau nama nya) sapa tau beri tau aku....huhuhu
masa makan Laksa Johor ...dap aaaa...ada lebih sikit jek...alhamdullilah kenyang...
tonton tv ..... zzzzzzz

SATURDAY OFF

Morning ....
Oleh kerana petang semalam tidak kesempatan nak beli utk masak, so aku bersama keluarga b'fast kat luar le...lepas tu pergi bayar kereta , after that bayar card kredit... aaahhhh lega dah bayar .BALIK RUMAH LE
Kemas rumah, basuh kain ...... rehat jap..

Afternoon...
Ambil Nina kat sekolah, ada persatuan Pandu Puteri... terus pergi kenduri kawin,kat Dewan Komuniti di Setiawangsa ..( anak kak yang pernah jaga Naim dan Firti ).pergi bersama Nina dan Elisa .Call Fitri dan Naim .Fitri yg berada di cybercafe sampai ke dewan...dlm 5 minit baru Naim lak sampai... lepas tu balik rumah...dpt SMS dr Acik .. kata kat Menara KL .Bawa anak murid  ( rombongan le ).

Malam masak nasi goreng dan telur dadar ...nyam nyam nyam ...tgk bola terengganu lawan n 9,tgnu kalah 1-2 ,tgk cerita classic perancis ,,, kul 2 am baru habis,, kisah  anak Raja kembar yg rebut tahta kerajaan.syok la ,,,pastu zzzzzzzzzzzzzz

Friday 28 October 2011

Rumah Ku Syurga Ku

Seronoknya jika tiba hujung minggu , hari yang ku nanti-nanti kan ,dapat bersama keluarga  !!!

ASLEGACY TERBAIK UNTUK ANDA