Saturday, 7 January 2012

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah  SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang  dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada  mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.  Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami  getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana  jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan  bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati  bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang  setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi  kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal  kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 

Bagi yang sedar dengan  kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa  yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau  ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah  waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang  tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah  SWT.

Maka  malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas  kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi  malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,  mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

Adapun malaikatmaut ini  wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan  dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya
.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya  kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak  makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan  di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 

Jika tanda ini dapat  dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi  banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita  nanti.

Ketika ini  juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit  hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya  dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur  masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan  sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan  di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak  akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan  merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang  dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus  mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan  malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah  menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan  berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang  dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda  mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon  keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa  dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha  Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh  Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa  dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan  Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa  semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan  kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari 
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun  akhirat.
Apa yang baik dan benar itu  datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan  manusia itu sendiri

No comments:

Post a Comment

ASLEGACY TERBAIK UNTUK ANDA